Abdullah Ahmad Badawi
Penampilan
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
Ucapan
[sunting | sunting sumber]- "...Saya percaya bahawa penambahbaikan ini akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam negara kasar (KDNK) hasil penyiapan projek perumahan, kilang, bangunan dan pejabat yang lebih cepat. Harapan saya bukanlah untuk melihat pembinaan infrastruktur semata-mata, tetapi untuk melihat penjanaan pekerja dan pendapatan rakyat hasil daripada usaha-usaha ini. Bagi setiap bangunan kilang atau pejabat yang dilengah-lengahkan, beribu-ribu peluang pekerjaan akan dikorbankan. Begitu juga sebaliknya, sekiranya kita mempercepatkan pembinaan kilang atau sesuatu infrastruktur, maka limpahan ekonominya akan dinikmati oleh masyarakat setempat di kawasan tersebut."
- dipetik daripada buku bertajuk Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan. Ditulis daripada Jabatan Penerangan Malaysia. Ucapan Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, di Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhimatan Awam Penambahbaikan Urusan-urusan Pemajuan serta Penyenggaraan dan Pengurusan Hartanah, di Hotel Sunway Resort ~13 April 2007~
- "Bahawa ujian kesetiaan adalah ketika kita menghadapi dugaan, ketika kita melalui era yang payah dan laluan yang susah, ketika kita tidak berjawatan, ketika kita tiada kedudukan."
- Ucapan pada Majlis Perhimpunan Agung UMNO 2009, 26 Mac 2009.
- Jangan bekerja untuk saya. Bekerjalah bersama-sama dengan saya.
