Pergi ke kandungan

Peribahasa Melayu

Daripada Wikipetik
(Dilencongkan daripada Ada air ada ikan)

Peribahasa Melayu yang ada digunakan di dunia.

  • Ada akal
    • Maksud: Orang yang cerdik dan boleh berfikir[1]
  • Ada air, ada ikan
    • Maksud: Di mana pun kita tinggal, tentu ada rezeki[2]
  • Ada bakat
    • mempunyai kebolehan yang semula jadi
  • Ada beras, taruh dalam padi.
    • Maksud: Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
  • Ada gula, ada semut
    • Maksud: Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
  • Ada jalan
    • Maksud: Mempunyai peluang atau harapan
  • Bagai aur dengan tebing
    • Maksud: Tolong-menolong di antara satu sama lain.
  • Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
    • Maksud: Jumlah yang terlalu banyak dalam sesuatu masa, biasanya merujuk kepada benda dan item.
  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
    • Maksud: Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
  • Nasi sudah menjadi bubur
    • Maksud: Perbuatan yang sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.