Awang Sariyan
Penampilan
Awang Sariyan ialah ahli bahasa di Malaysia.

Petikan
[sunting | sunting sumber]- Agensi kerajaan sebagai penggerak dasar kerajaan mesti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termasuk dalam dokumen, perjanjian dan pengiklanan.
- Awang Sariyan, 1 Disember 2021[1]
- Bahasa Melayu bukan milik eksklusif orang Melayu. Semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum, ialah pemilik sah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penegasan penggunaan bahasa Melayu adalah untuk kepentingan semua warganegara, terutama untuk perpaduan. Maka salah anggapan bahawa penegasan itu melibatkan kepentingan orang Melayu sahaja.
- Dipetik daripada Harian Metro pada 6 Disember 2024
- Kecenderungan berbahasa asing yang sepatutnya terbatas dalam komunikasi biasa malangnya terbawa-bawa ke dalam bidang urusan rasmi seperti mesyuarat. Kita tidak perlu menolak bahasa asing untuk keperluan tertentu tetapi tidak patut sampai menjadikan bahasa asing lebih utama daripada bahasa kebangsaan, ini menyebabkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa yang patut diutamakan dalam semua bidang dengan sendirinya terjejas.
- Dipetik daripada Berita Harian Online pada 16 Disember 2024
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam urusan pentadbiran. Harian Metro (1 Disember 2021). Retrieved on 2 Julai 2024.