Bung Mokhtar Radin
Penampilan
Bung Moktar bin Radin merupakan seorang ahli politik Malaysia, berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Kinabatangan sejak November 1999 dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) bagi kawasan Lamag sejak September 2020. Beliau memegang kedua-dua jawatan tersebut sehingga beliau meninggal dunia.
Petikan
[sunting | sunting sumber]- Kalau mahu berpolitik dengan saya, berpolitik secara bijaksana, guna otak yang matang sikit.
- Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan bahawa kerajaan negeri Sabah berhasrat untuk melihat Lebuhraya Pan Borneo di Sabah menjadi realiti. Tetapi kalau peruntukan hanya (RM) 460 juta untuk satu pakej, ini bukan realiti, ini nightmare. ... Ini penting, untuk memastikan rakyat Sabah menikmati lebuh raya yang baik seperti dinikmati di negeri-negeri yang lain.
- Sebab ini, kita manusia hari ini ada ancaman daripada berbagai-bagai gajet yang begitu moden, bukan sahaja telefon, jam tangan pun boleh bunuh kita, kaca mata pun bunuh kita, butang baju pun boleh bunuh kita, jatuhkan kita, macam-macam. Bahkan, kasut pun boleh dipasang gajet istimewa untuk merakam apa yang kita buat.
- Kita sedar bahawa kita telah melalui berbagai-bagai dugaan, berbagai-bagai cabaran, kita telah melalui badai samudera, kita telah melalui onak dan duri, kita telah melalui berbagai tomahan dan fitnah. Semua itu adalah cabaran sebab pada kita perjuangan tanpa cabaran itu bukan perjuangan dan pada kita perjuangan tidak ada perjalanan yang mudah. Sebab itu saya selalu berkata dengan kawan-kawan saya: bersedialah untuk kita diadu domba, tetapi bersedialah kita untuk mara ke hadapan.
- Sudah lama tidak ke ladang,
- Habis padi dililit kangkung;
- Sudah lama tidak terpandang,
- Rasa panas di dalam jantung.
- Ucapan Bung Moktar di Himpunan BN Sabah, 21/7/2024
- Sudah lama tidak ke ladang,
- Kita hormati kepelbagaian pendapat. Tiada sebarang dendam. Kita perlu bijak mengendalikan isu-isu seperti mana kita sedang dalam pertempuran. Dalam peperangan, kita seharusnya tidak boleh melakukan kesilapan.
- Bung Moktar not offended by criticism, 22/08/2020
- Dalam perjuangan, jangan sekali-kali merasakan kita di pihak yang lemah, sebab memperkecilkan kemampuan kita akan mendekatkan kita kepada kekalahan. Dalam masa yang sama, jangan sekali-kali merasakankan kita sudah terlalu kuat, sebab merasakan kita terlalu kuat akan membuatkan kita lalai dan lupa diri.
- Dari ciapan di X (dahulunya twitter), 20/4/2025