Pergi ke kandungan

Ejen Ali

Daripada Wikipetik

Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang bermula pada tahun 2016. Kisahnya mengenai seorang murid Darjah Enam bernama Ali yang menjadi seorang ahli perisikan untuk sebuah pertubuhan rahsia secara terpaksa kerana tidak sengaja melibatkan diri dengan misi pertubuhan tersebut menentang musuh.

  • Kenapa kita nak kesahkan dia kalau dia tak kesahkan orang lain?
  • Kadang-kadang kita memang tak tahu apa nak pilih, tapi tak boleh takut buat keputusan.
  • Jangan asyik fikir apa yang kau hilang. Fikir apa yang ada depan mata.
  • Aku dah hentikan peperangan ini sebelum ia bermula.
  • Asalkan kamu mengikut arahan, semuanya akan berjalan lancar.
  • Syabas, pilihan yang bijak!
  • Aku dah faham corak perlawanan I.R.I.S. kau.
  • Ini bukan tempat untuk bermain!
  • Rasanya kita dah jumpa rekrut baru.
  • Sistem pertahanan sudah diaktifkan ke tahap maksimum.
  • Kenapa nak kisah apa orang cakap? Kalau kau sendiri fikir macam ni, belum bertanding pun kau dah kalah.
  • Kalau tau dapat upgrade, dah buat betul-betul.
  • Huh tok sey aku, nati kena denda serupo haritu.
    • Huh aku tidak mahu, nanti didenda sama macam hari itu.
  • Aku kuat bukan sebab dapat meka ni, aku dapat meka ni sebab aku kuat.
  • Eleh, main kotor bolehlah!
  • Setakat ada I.R.I.S. tapi tak pakai otak, tak guna juga.