Kanak-kanak
Penampilan
Kanak-kanak merupakan tahap awal seseorang manusia, yang bermula ketika seseorang merupakan seorang bayi hingga mencapai baligh atau kematangan.
Petikan
[sunting | sunting sumber]- ... Mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu komponen yang penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu:
Mengakui bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas, selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul:
Mengiktiraf bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain: ...
- Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 211), m/s 13.