Kongzi
Kongzi (28 September 551 B.C. – 479 B.C.) merupakan seorang ahli falsafah sosial Cina dengan ajarannya sangat mempengaruhi kehidupan dan pemikiran tamadun Asia Timur. "Confucius" yang digunakan oleh sarjana Barat pula merupakan nama yang dilatinkan daripada gelarannya dalam bahasa Cina 孔夫子, Kong Fu Zi atau K'ung-fu-tzu, secara harfiahnya bermaksud "Tuan Guru Kong", tetapi dia biasanya dirujuk di China dengan versi penghormatan yang lebih ringkas sebagai 孔子, Kongzi, atau Kǒng Zǐ.
Petikan
[sunting | sunting sumber]Rampai Sari
[sunting | sunting sumber]
Rencana Lúnyǔ di Wikipedia
Teks bahasa Cina asal berada pada Wikisumber Bahasa Cina. Juga terdapat terjemahan bahasa Inggeris oleh penterjemah James Legge daripada Wikisumber Bahasa Inggeris (Legge 1861). Terjemahan bahasa Inggeris alternatif oleh Leonard A. Lyall (Lyall 1909) juga ada pada Projek Gutenberg), serta oleh w:William Edward Soothill (Soothill 1910) daripada Online Library of Liberty (melalui w:Liberty Fund).
Bab I
[sunting | sunting sumber]學而篇 Xue Er
- 學而時習之、不亦說乎。有朋自遠方來、不亦樂乎。人不知而不慍、不亦君子乎。
- Bukankah seronok untuk belajar dan mengamalkan apa yang telah dipelajari? Bukankah senang mempunyai kawan yang datang dari jauh? Bukankah budiman untuk tidak marah apabila orang tidak mengenali anda?
- Pembukaan kitab Rumpai Sari serta frasa pertama Bab I yang kemudiannya dijadikan tajuk buku yang dinamakan sebagai 學而.
- Bukankah seronok untuk belajar dan mengamalkan apa yang telah dipelajari? Bukankah senang mempunyai kawan yang datang dari jauh? Bukankah budiman untuk tidak marah apabila orang tidak mengenali anda?
- 巧言令色、鮮矣仁。
- Pandai bercakap dengan penampilan yang memukau jarang menunjukkan sifat yang baik.
- Kelainan makna: Seseorang yang pandai bercakap dan memastikan mukanya murah senyuman jarang dianggap sebagai seorang yang berperikemanusiaan.
- 弟子,入則孝,出則弟,謹而信,凡愛眾,而親仁。行有餘力,則以學文。
- Sebagai seorang adik lelaki atau anak lelaki, apabila masuk ke dalam rumah harus berbakti kepada ibu bapa, apabila keluar dari rumah harus tunjuk hormat kepada yang lebih tua daripadanya, tingkah laku perlu berhati-hati dan beramanah, mengasihi orang ramai, dan dekat dengan orang yang baik hati. Selepas melakukan semua perkara tersebut, jika ada masa lapang, maka barulah mempelajari enam sastera agung.
- 主忠信。毋友不如己者。過,則勿憚改。
- Paling utama setia dan amanah. Jangan berkawan dengan mereka yang lebih rendah nilainya berbanding diri sendiri. Jika melakukan kesilapan, maka jangan takut untuk memperbetulkannya.
- 道千乘之國,敬事而信,節用而愛人,使民以時。
- Untuk mentadbir negara dengan seribu kereta kuda, hendaklah dengan tegas dan bersungguh-sungguh mengendali urusan negara kemudian kekal beramanah, jujur dan tidak menipu; menjimatkan perbelanjaan kewangan sambil menjaga pegawai di bawahmu; serta menggunakan orang bawahanmu berpada dengan musimnya (seperti tidak mengerah petani untuk tujuan ketenteraan sedangkan waktu itu musim pembenihan atau musim penuaian)
- 君子食無求飽,居無求安,敏於事而慎於言,就有道而正焉,可謂好學也已。
- Seorang lelaki budiman apabila makan tidak akan minta kenyang, bila rehat tidak akan minta selesa, rajin apabila bekerja dan hati-hati apabila berkata-kata, daripada orang yang mempunyai "jalan" (Dao) membetulkan diri, dan inilah dikatakan "rajin belajar".
- 不患人之不己知,患不知人也。
- Jangan risau orang lain tidak memahami diri kita, hanya risau diri kita tidak memahami orang lain.
- 君子不重則不威,學則不固。主忠信。無友不如己者。過則勿憚改。
- Seorang lelaki budiman apabila tidak tegas maka tidak akan menimbulkan rasa kagum orang lain terhadap dirinya, apabila belajar pun ilmunya tidak akan teguh. Apabila melakukan sesuatu urusan perlu diutamakan kesetiaan dan kebolehpercayaan. Jangan berkawan dengan mereka yang tidak setia dan tidak boleh dipercayai. Apabila ada salah silap, jangan takut membetulkannya.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rampai Sari Kongzi - teks lengkap dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris di laman Projek Naskhah Cina
- Lúnyǔ (Rampai Sari) (rencana Wikipedia)
- Ringkasan ajaran Konfusianisme
- Rampai Sari Kongzi diterjemahkan ke dalam bahasa Cina Ringkas dan bahasa Inggeris - Wiki Cina

