Pergi ke kandungan

Maharaja Yongle

Daripada Wikipetik

- Maharaja Yongle -

(Biodata)

Nama:Zhu Di

Tarikh lahir:2 Mei 1360

Asal:Wilayah Yingtian,dinasti Ming(sekarang Nanjing, wilayah Jiangsu, China)

Maharaja Yongle


Yongle merupakan maharaja ketiga dari Dinasti Ming yang telah memerintah China bermula daripada 1402 hingga 1424. Nama era baginda "Yongle" bermaksud "Kebahagiaan Kekal". Baginda secara umumnya dianggap sebagai maharaja Dinasti Ming teragung, dan merupakan salah seorang daripada maharaja-maharaja China yang teragung.

Baginda adalah seorang Putera Yan (燕王), yang memiliki pangkalan tentera yang kuat di Beijing. Baginda dikenali sebagai Chengzu dari Dinasti Ming (明成祖 juga ditulis Cheng Zu, atau Ch'eng Tsu (Cheng Tsu) di dalam Wade-Giles) selepas menjadi maharaja berikutan satu perang saudara. Perampasan takhta oleh baginda kini kadang kala dikenali sebagai "Penubuhan Kedua" Dinasti Ming.

Kata Kata Hikmah

[sunting | sunting sumber]

1."Setiap kali saya dapat mencari masa, saya membaca buku sejarah dan klasik untuk mengelakkan hidup terbiar. Saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa dunia ini sangat luas dan hal ehwal negara sangat penting sehingga saya tidak boleh tunduk kepada kemalasan dan leka walau sesaat. Apabila seseorang telah menyerah kepada kemalasan dan rasa puas hati, segala-galanya akan menjadi jumud."

Sumber Petikan

[sunting | sunting sumber]