Pergi ke kandungan

Mahathir Mohamad

Daripada Wikipetik
Mahathir Mohamad

Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh.

  • History should remember Blair and Bush as the killers of children or as the lying prime minister and president.
  • Kami (kerajaan Malaysia) mesti mengelakkan rasuah. Oleh itu, kami akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melakukannya. Walaupun ia adalah pegawai tinggi.
  • Kami tidak akan membalas dendam. Yang kita mahukan adalah mengembalikan kedaulatan undang-undang.
  • Inilah Malaysia di mana kita mempercayai peraturan undang-undang. Khabar angin ini dilihat bertentangan dengan peraturan undang-undang sekiranya benar.
    Ini adalah kisah-kisah yang menakutkan dan saya harap perkara itu tidak benar. Saya tidak mempunyai bukti untuk menunjukkan perkara itu benar, tetapi khabar angin itu terus berleluasa.
    Mereka beritahu saya untuk tidak mengatakan apa-apa. Ia boleh menyakitkan hati saya. Tetapi ini bukan Amerika Syarikat (AS). Inilah Malaysia. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku.
  • Sekatan dan kekangan akibat dari COVID-19 yang tidak dapat dielak telah turut dialami oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa perayaan lain.
    Walaupun ia dapat membuat kita rasa tertekan dan juga sedih, perlu kita ingatkan diri bahawa ini adalah satu cabaran hidup yang perlu kita dihadapi.
    Sudah hampir satu tahun kita berhadapan dengan pandemik ini. Harapan tinggi diletak kepada vaksin yang mungkin dapat mengembalikan kehidupan yang normal seperti yang biasa kita lalui.
  • Pada masa ini kita tidak nampak sesiapa dalam kerajaan yang fikir tentang negara mereka hanya fikir mahu negara jadi hak mereka. Kita perlu wujudkan semula dasar majukan negara bukan untuk diri sendiri dan parti sendiri.
  • Ini satu pendekatan yang baik. Ada masanya rakyat juga sudah bosan dengan politik parti. Ada kebaikan jika kita ada kerajaan nasional yang tidak mengutamakan politik parti.
    Saya masih berpendapat pada waktu ini, kalau kita mahu kurangkan politik, kita ketepikan parti, kita utamakan negara,
  • Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.
  • Saya bersyukur saya dapat hidup lebih lama berbanding yang saya jangkakan. Saya fikir 75 tahun sudah cukup pada saya tapi sekarang saya sudah 94 tahun, ini adalah bonus dan saya sangat bersyukur.
  • Keputusan pilihan raya itu menunjukkan kerajaan mempunyai dasar-dasar yang benar. Semua berita liar yang mengatakan kerajaan kami korup adalah dibuat dengan niat kepentingan politik dan bukan kepentingan negara
  • Hari ini mereka menggunakan demokrasi untuk mendapatkan sokongan. Tetapi apabila berkuasa, mereka bukan saja akan menghapuskan demokrasi tetapi mereka akan menindas semua rakyat dengan pemerintahan mullah.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikipedia
Wikipedia
Wikipedia mempunyai rencana berkenaan:
Commons
Commons
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: