Neelofa
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor merupakan seorang wanita bekerjaya kelahiran Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara TV dan merupakan model wanita Malaysia. Beliau pernah menjuarai pertandingan realiti TV iaitu Dewi Remaja pada tahun 2009/2010. Beliau kini giat berkecimbung dalam bidang perniagaannya sendiri iaitu Naelofar. Dari segi pencapaian, pada April 2017 beliau telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang telah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes. Selain itu, beliau juga pernah mewakili Malaysia untuk Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan beliau dijemput sebagai panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017 yang telah diadakan di New York, Amerika Syarikat pada September 2017. Di samping itu, beliau juga telah diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang telah menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019. Dalam proses mengejar sesebuah kejayaan itu, beliau telah berkonsi beberapa kata mutiara yang kita boleh ambil dan terapkan dalam kehidupan harian iaitu:
"Sentiasalah ingat untuk tertidur dengan mimpi dan bangunlah dengan suatu tujuan." (Sumber dipetik daripada The Malaya Post : https://themalayapost.my/always-remember-to-fall-asleep-with-a-dream-and-wake-up-with-a-purpose-neelofa-kongsi-kata-kata-motivasi-capai-impian-dan-cita-cita/)
"Jangan takut untuk menjadi berbeza, takutlah menjadi sama dengan orang lain."
"Cabarlah diri untuk berjaya kerana ramai antara kita tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu yang baru untuk kali yang pertama."
"Sentiasa positif dalam apa jua keadaan."
"Self-talk di mana jangan sesekali berhenti berdoa memohon rezeki daripada Allah." (Sumber dipetik daripada Media Hiburan : https://www.mediahiburan.my/neelofa-kongsi-tips-untuk-berjaya/)