Pergi ke kandungan

Seniman Bujang Lapok

Daripada Wikipetik

Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961 arahan P. Ramlee.

[Lori wayang masuk kampung, membaling kertas-kertas. Kanak-kanak mengekori lori]
[Ramli, Ajis & Sudin di kedai kopi]
Sudin: Eh, Jis! Apa budak-budak tu banyak-banyak berkejar-kejar tu?
Ajis: Itu kereta kontrak orang mati da.
Sudin: Oo, orang mati.
[Tayar lori meletup]
Sudin: Ui, Ya Allah! Bom meletup da! [menyorok bawah meja]
Ajis: Hei Din, apalah engkau ni dah jadi bodoh ke? Itu bukan bom da, tayar meletup dah!
Sudin: Alamak, aku tak boleh dengar bunyi meletup, Jis. Aku teringat semasa perang Jepun dulu. Seram bulu betis aku.
Ajis: Ah, sudah-sudahlah Din. Sudahlah, jangan jadi bodoh ah.
Sudin: Ah, ya ya. [kembali duduk ke kerusi]
Ramli: Kau orang ni lain tak ada bom meletuplah, perang Jepunlah, kita dah sibuk tak ada kerja ni asyik bom meletup.
Sudin: Eh Ramli, aku ada satu idea dah.
Ramli: Idea apa yang kau ada?
Sudin: Mengapa kita bertiga orang tak mau pi mintak jadi orang wayang?
Ajis: Ha, betul jugak, Ramli!
Ramli: [memandang Ajis] Mana laku muka kita nak mewayang.
Sudin: Eh, belum try belum tahu!
Sudin: Engkau orang berdua tunggu sini jap, aku pi jumpa dengan orang tu.
[Sudin pergi ke arah tukang-tukang wayang di tepi lori, Ramli dan Ajis memerhati]
Sudin: Aa ini apa kena ni?
Orang wayang: Oo, ini pancit la!
Sudin: Oo kesian, pancit ya? Aa ini apa encik-encik ni semua kontrak muzik orang mati ka?
Orang-orang wayang: [marah] Eh apa lah orang mati, ni main wayang lah! Tak tahukah?
Sudin: Oh, ok ok. Orang wayang ya? [tengok gambar orang menari] Eh, dia menari ya?
Orang wayang: Ya lah!
Sudin: Saya pun bertiga orang kawan ada bercita-cita nak mintak satu kerja kat syarikat ni, encik.
Orang wayang: Ya kah?
Sudin: Ini mana tempat dia?
Orang wayang: Nak mintak?
Sudin: Haah. Dekat mana?
Orang wayang: Pergilah Jalan Ampas sana!
Sudin: Oh, Jalan Ampas ya? [tengok gambar] Ini dia menari, saya pun pandai menari
Orang wayang: Ya kah?
Sudin: [mula menari] Ni boleh, boleh ni.
[Tukang wayang tepuk berentak kepada Sudin]
Ramli: Eh, kenapa pulak si Sudin tergelek-gelek tu?
Ajis: Barangkali dia ajar menari ke?
Sudin: [berhenti menari] Encik, nanti saya berjumpa dekat kawan saya bertiga. [lalu tengah-tengah kerumunan] Eh ni- Adik, tepi sikit. Tepi.
[Tukang-tukang wayang memandang sesama sendiri hairan sambil tunjuk kepada Sudin]
Orang wayang: [mencemuh] Eh, anginlah dia ni! [buat isyarat naik lori semula]
Sudin: [datang kepada Ramli dan Ajis] Eh, Ramli, dia orang bilang kat sana tu ada kerja kosong dah. Mari kita pergi mintak kat sana.
[Ramli toleh ke Ajis, Ajis buat isyarat mengiakan]
Ramli: Mari ah.
[Bujang Lapok beredar dari kedai kopi]
Tauke kedai kopi: Dol, Dol! Eh, Dol! Ini ni kau bilang kau punya 30 sen belum bayar, kau dah pergi ah. Mana duitnya ah?
Ramli: Mintak duit kau. [kutip duit dari Sudin dan Ajis, menyuruh Sudin] Nah, kau pergi bayar dia 30 sen.
Sudin: [pergi membayar] Nah. Aa- Wak, lain kali bila kita orang minum kat sini, janganlah mintak duit. Kira saja tak boleh ke?
Tauke kedai kopi: [ketawa] Kira saja ya? Ini kedai kopi engkau ingat bapak engkau ada kongsi dengan aku ya?
Sudin: [terkejut] Bapak, Wak jangan sebut ya. [tunjuk penumbuk] Main-main kasar, sekali aku cekik Wak nya.
[Tauke ketakutan]
Sudin: [tertengok gigi tauke] Gigi buang ya? Pergi bikin la.

Tuan Director: Bodoh! Assistant Director pun bodoh. Kau ni Assistant Director apa? Kau nak mampus ya? Aku suruh cari orang yang gagah, bukan badan kurus macam ini!
Assistant Director: Tuan Director, inilah orang yang gagah!
Tuan Director: Gagah? Gagah kepala hotak kau! Apakah nasib kamu jadi Assistant Director. Hmph!
Assistant Director: Tuan Director, inilah betul-betul orang gagah tuan. Sekali dia makan nasi, boleh habis lima pinggan!
Tuan Director: Itu bukan gagah, itu gelojoh, bodoh! Ini macam nak jadi Hang Tuah? Cuba tengok! Aik, Hang Tuah pakai sepatu? Sudah, suruh dia pulang. Hmph!
Nyong Ismail: Tuan Director, kalau saya tak boleh jadi Hang Tuah pun tak apa lah, kasilah saya jadi Hang Jebat.
Tuan Director: Nak jadi Hang Jebat? Mampus aku! Sekali orang ketis, berterabur tulang rusuk engkau semua. Sudah, pergi! Lalu! [masuk ke dalam studio]
Assistant Director: Sedara! [memanggil Nyong] Sedara tak usah berkecik hati lah. Ini Director memang angin satu badan, tapi hatinya baik!
Nyong Ismail: Tuan Assistant Director, kalau saya tak boleh jadi Hang Jebat pun tak apa lah, kasilah saya jadi Hang Kebun.
Assistant Director: Haa, Hang Kebun belum ada pelakonnya. Tapi kalau nak jadi Hang Kebun, tak boleh pakai keris, mesti pakai cangkul!
Nyong Ismail: Cangkul pun cangkul lah.
Assistant Director: Mari ikut saya.

Tuan Director: Aa- Hashimah sudah faham itu dialog semua?
Hashimah: Sudah.
Tuan Director: Bagus, ya. Hmm, Kadar sudah mengerti itu dialog semua?
Kadar: Ya.
Tuan Director: Baru betul. Aa- ambil tempat masing-masing. [laung] Ready for take? [pergi ke kamera] Camera ready?
Kru: Ready, tuan.
Tuan Director: Aa- Silence! On light
[Lampu studio dinyalakan]
Tuan Director: [duduk] Kamera!
Sudarmaji: [tekan jam randik] Running!
Kru: 101, shot three, take two. [pengetap filem diketap]
Tuan Director: Action!
Kadar: Keluar! Keluar engkau dari sini. Perempuan yang tak kenang diuntung! [menolak Hashimah sedang duduk merayu] Keluar kau dari sini!
Hashimah: [menangis] Ampunkanlah adinda, wahai kanda. Adinda berjanji, adinda tidak akan membuat kesalahan ini lagi.
Kadar: Ampun? Ah! Aku tidak akan ampunkan dosamu dari dunia sampai akhirat. Keluar kamu dari sini. Keluar!
[Encik Ahmad bersama Bujang Lapok masuk ke dalam studio, Encik Ahmad buat isyarat jari untuk senyap]
Ramli: Wah, betul punya marah kawan tu ya?
[Tuan Director dan Sudarmaji berpaling ke mereka, menyuruh senyap]
[Encik Ahmad membuat isyarat tidak boleh bercakap]
Sudin: Apa tak boleh cakap ke?
Hashimah: Jikalau kanda nak mengusir dinda dari sini, ke manalah yang dinda nak menumpang diri, kanda? [cuba memujuk mengusap bahu Kadar]
Kadar: [menyiku Hashimah] Ah, aku tak peduli apa yang akan terjadi pada diri kau. Kalau kau tak mahu keluar, aku akan pancung leher kau.
Hashimah: Sampai hati kanda nak memancung dinda? Sampai hati, kanda. [teresak-esak]
Kadar: Sampai hati? Kau jugak sampai hati membuat aku begitu! [menghunus pedang] Bukankah kau tahu kesukaan aku ialah belacan? Kenapa kaumasak sayur asam tak mau campur belacan?! Sekarang aku akan pancung leher engkau!
Sudin: [mencelah] Eh, apa punya laki ni?! Pasal belacan saja pun kau nak pancung dia ke?
Tuan Director: [bangun menyuruh senyap] Syhhh!
Sudin: Eh, apa syuh? [menunding Kadar] Engkau sememangnya manusia durjana! Sanggup kau menggunakan kekerasan terhadap wanita! Ha? Baik engkau minta maaf depan dia. Minta maaf! Kalau kau tak minta maaf, lebam biji mata kau.
Kadar: [hairan] Ini apa ni, gila ke?
Sudin: Eh, sanggup engkau mengatakan aku gila? Ha! [menumbuk Kadar]
[Kadar jatuh kesakitan]
Tuan Director: Kau bikin rosak gambar aku ya? Hah! [memukul Sudin dari belakang]
Sudin: [terjatuh] Oo, engkau main kasar ya?
[Ajis nyaris menumbuk Tuan Director] [Tuan Director jatuh terkejut]
Ajis: Eh, belum kena sudah jatuh ke? Jangan main bangsat tau! Oh, dua lawan satu ke? Kasi ada lawan one by one! Oo, awak fikir awak punya lubang hidung besar, saya takut ke? Uhh!
Ramli: [menarik Ajis dan Sudin] Eh, mari. Apa da kau! Eh kau ni bikin sibuk je, kan dia orang berlakon filem!
Sudin: Berlakon filem pun berlakonlah. Apa pulak dah pasal belacan ni sampai dua orang nak memancung-mancung?
Ramli: Dah cerita dia macam tu, apa nak buat?!
Sudin: Eh, cerita dia macam itu, Ramli? Bikinlah cerita lain. Cerita emas ke, cerita ayam ke, cerita ikan belaga ke, cerita kumbang terbang ke, tak boleh?
Tuan Director: [bangun, pergi ke arah Bujang Lapok] Hm. Kau tiga ekor, nampak itu pintu besar, tidak?
Bujang Lapok: Nampak, encik.
Tuan Director: Nampak, ya? Dengan perintah aku, get out! Get out!
Encik Ahmad: Nanti dulu Tuan Director. Jangan marah, Tuan Director. Ini tiga orang dia tak tahu tentang hal shooting, Tuan Director. Tapi, ini ada surat daripada Manager Kemat Hassan beri.
Tuan Director: [membaca surat] Ooh, ini tiga ekor mahu screen test ya?
[Encik Ahmad mengangguk] [Bujang Lapok ketawa gementar]
Ramli: Hehehe, itulah kita datang.
Tuan Director: Ya?!
[Bujang Lapok terdiam]
Tuan Director: Maji.
Sudarmaji: Tuan.
Tuan Director: Bikin dialog, kasi ini tiga ekor.
Sudarmaji: Baik, tuan.
Tuan Director: Mad C.
Encik Ahmad: Ya?
Tuan Director: Bawak ini tiga ekor pergi mekap.
Encik Ahmad: Baik, tuan. Mari, ikut saya. [beredar]
Tuan Director: Macam setan!

Assistant Director: Tuan, ini dia. [tunjuk ke Sudin]
Tuan Director: Ha. Mengapa mata kau berbungkus, syaitan?
Sudin: Syaitan baru balik operation, tuan.
Tuan Director: Operation?
Sudin: Ya.
Tuan Director: Mana kau punya dialog?
Sudin: [bagi dialog terketar-ketar] Niihh
Tuan Director: Ehh, mengapa engkau takut?
Sudin: Bukan takut, tuan, saya segan.
Tuan Director: Ha, baik. Mari, ikut aku. Berdiri sini. Kau lihat apa yang aku bikin.
Sudin: Ya
Tuan Director: [pergi ke tepi pasu, lalu keluar] Hei Hang Jebat! [jari menunjuk ke atas]
Sudin: Hei He-ang Jebat!
Tuan Director: Hei tunggulah! Aku bikin, kau tengok.
[Sudin mengangguk]
Tuan Director: Hei Hang Jebat! Lebih baik kau turun menyerah. Kalau tidak, aku naik bunuh kau.
Sudin: [gugup] Heheh senang.
Tuan Director: Senang?
Sudin: Senang, tuan.
Tuan Director: Boleh?
Sudin: Boleh.
Tuan Director: Ambil tempat.
Sudin: A-a-ambil tempat. [pergi ke tepi pasu] Ma-m-mana? Sini?
Tuan Director: Ya.
[Sudin keluar melompat]
Tuan Director: Aa- nanti, nanti! Balik.
[Sudin kembali ke tepi pasu]
Tuan Director: Dah?
Sudin: Ya.
Tuan Director: Ready for take? [kembali ke tempat duduk] Kamera?
Assistant Director: [tekan jam randik] Running.
Kru: Screen test three, take one. [pengetap filem diketap]
Tuan Director: Action!
Sudin: [melompat keluar dari tepi pasu] Hehehehei Hang Jebahat! Lebih baik kau turun! Jikalau kau tak mahu turun, kau tunggu di sana sampai aku datang. Engkau sudah tahu yang aku tunggu sama engkau berapa lama dekat sini, Jebahat! Dan kau sudah tahu yang berapa kali aku sudah terbuang air besar! Ini pun ada rasa macam terkucil nak terkeluar, aku tahan, Jebat! Kira ini sudah hampir tujuh kali!
Tuan Director: Cut! [menunduk ke lantai kecewa] Apa yang kau merepek ni, syaitan?!
Sudin: Angin senggugut barangkali ada lagi tuan- [jatuh menggelupur]

Tuan Director: Bawa kamera, depan. [bangun pergi ke Bujang Lapok] Ha, korang dah hafal dialog semua?
Bujang Lapok: Ya, sudah, tuan.
Tuan Director: Boleh kita ambil g- ambil gambar sekarang?
Bujang Lapok: Ya ya, boleh, tuan.
Tuan Director: Baik. [tunjuk ke Sudarmaji] Sudarmaji?
Sudarmaji: Baik, tuan. [mengutip buku dialog]
Tuan Director: On light! [kembali duduk] Uh, siap semua? [menjenguk] Sudah semua?
Sudarmaji: Uh, siap, tuan.
Tuan Director: Baik. Kamera!
Sudarmaji: [angguk] Running.
Tuan Director: Two!
Sudarmaji: Running.
Kru: Fifty one by one. [pengetap filem diketap]
Tuan Director: Action!
Ramli: Berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan Setan Aminur Rasyid.
Tuan Director: Cut! Bukan Setan, syaitan! [membetulkan] Sultan!
Ramli: Maaf, tuan Director.
[Bujang Lapok kembali ke tempat mula-mula]
Tuan Director: Two!
Sudarmaji: Running.
Kru: Take two. [pengetap filem diketap]
Tuan Director: Action!
Ramli: Berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan Sultan Aminur Rasyid. Wahai Datuk Perdana Menteri!
Ajis: Ampun tuanku!
Ramli: Adakah perkhabaran yang baik hari ini?
Ajis: Ada, tuanku. Semalam, seorang saudagar telah datang meminta supaya tuanku bukakan kandang harimaunya.
[Ramli terkejut]
Tuan Director: Cut! Bukak kandang harimau? Sekali rimau ngap, kepala engkau hilang. Kau nak mampus? "Bukak ladang limaunya." Bodoh bahlul!
Ramli: [mengajuk ke Ajis] Bodoh bahlul!
Ajis: Baik, tuan.
Tuan Director: Two!
Sudarmaji: Running.
Kru: Take three. [pengetap filem diketap]
Tuan Director: Action!
Ajis: Ada, tuanku. Semalam, seorang saudagar telah datang meminta supaya tuanku merasmikan pembukaan ladang limaunya.
Ramli: Bagus, Datuk Perdana Menteri, bagus! Kalau begitu, besok pagi sebelum subuh beta akan sampai!
Tuan Director: Cut! [menahan geram] Sebelum subuh kau pergi buat apa? Orang belum bangun tidur! Selepas subuh kau pergi, bodoh!
Sudin: [menempelak Ramli] Ya tak ya jugak, apalah.
Tuan Director: Two!
Sudarmaji: Running.
Kru: Take four. [pengetap filem diketap]
Tuan Director: Action!
Ramli: Bagus, Perdana Menteri, bagus! Kalau begitu, besok pagi sesudah subuh beta akan sampai!
Ajis: Bagus, tuanku!
Ramli: Datuk Perdana Menteri boleh pergi.
Ajis: Baik, tuanku. Ampun, tuanku! [mengundur, terlanggar tiang, pergi]
Ramli: Um- Wahai Datuk Ahlil Nujum Malang Prabu Kepunden Parang Sekeper.
Sudin: Tuan!
Ramli: Um- Semalam, beta telah bermimpi. Setompok taik lembu telah jatuh dari langit kelepak melekat ke muka beta. Apa itu, Tok Nujum?
Sudin: Ai, menurut di dalam amalan patik, tuanku akan ditimpa bahaya.
Ramli: B-ba-bahaya ba- [gelisah] Tidak, tidak, tidak. Tapi taik lembu itu tidak betul-betul melekap di muka beta. Hanya sipi, sipi, jatuh kena bahu beta. Apa itu, Tok Nujum?
Sudin: Oo, yang kena sipi?
Ramli: Ya, ya.
Sudin: Jadi, kalau kena sipi tu alamat Tuanku kena demam Malaria Tapioca.
Ramli: T-t-te-te- Eh, sipi pun tidak sipi, yang sebenarnya beta ketis, kelepak jatuh ke muka Director Ahmad Nisfu!
Sudin: Ai, itu alamat Director Ahmad Nisfu nak mampus!
Tuan Director: Aargh, kenapa kenapa kepada aku! Aku tak ada kena mengena dalam ini gambar aargh! [rebah terkulai]
Kru-kru: [pergi ke arah Director] Eh, eh, Director?!
Sudarmaji: Eh, Director pengsan! Angkat dia, pergi klinik.
[para kru angkat Director]