Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Penampilan

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (28 November 1927 - 11 September 2017) merupakan Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-28 serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 dan ke-14.
Petikan
[sunting | sunting sumber]- Sa-kira-nya dalam menjalankan tugas beta yang baharu ini, beta membawa sifat2 serba kekurangan dalam kebijaksanaan dan pengalaman yang menjadi sifat orang muda, maka beta akan menchuba menggantikan serba kekurangan itu dengan semangat bersungguh2 untok membuat bakti.
- Sekiranya dalam menjalankan tugas beta yang baharu ini, beta membawa sifat-sifat serba kekurangan dalam kebijaksanaan dan pengalaman yang menjadi sifat orang muda, maka beta akan mencuba menggantikan serba kekurangan itu dengan semangat bersungguh-sungguh untuk membuat bakti.
- Titah sempena hari keputeraan baginda ke-31 28/11/1958
- Dengan bekerja tekun dan bekerjasama di-antara ra'ayat maka dalam masa yang singkat neschaya terchapai maksud yang kita tujukan. Mithal-nya sa-buah titi tidak dapat di-buat oleh sa-orang sa-haja untok menyeberangi sungai, melainkan dengan kerjasama ra'ayat. Sa-andai-nya kamu dapat ber-buat demikian, kamu akan menjadi ra'ayat yang akan ber-jasa terhadap nusa dan bangsa-nya.
- Dengan bekerja tekun dan bekerjasama di antara rakyat maka dalam masa yang singkat nescaya tercapai maksud yang kita tujukan. Misalnya sebuah titi tidak dapat dibuat oleh seorang sahaja untuk menyeberangi sungai, melainkan dengan kerjasama rakyat. Seandainya kamu dapat berbuat demikian, kamu akan menjadi rakyat yang akan berjasa terhadap nusa dan bangsanya.
- Titah di hadapan murid-murid sekolah umum di Bandar Baharu 6/12/1958
- Walau bagaimana pun, kita harus berwaspada dan berikhtiar supaya peristiwa burok yang berlaku pada 13hb Mei, 1969, tidak berulang lagi.
- Beta akan bersungguh-sungguh menjalan dan melaksanakan tugas-tugas yang berat yang telah diletakkan di atas bahu beta sebagai Yang di-Pertuan Agong.
- Maka oleh yang demikian beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.
- Semua pihak hendaklah mengamalkan adab yang tinggi, sentiasa berlapang dada dan bertoleransi, saling menghormati serta mengasihi antara satu sama lain.
- Maal Hijrah 1438H, 13/12/2011
- Perkukuhkan diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar cinta akan tanah air.
- Istiadat Pertabalan, 11/4/2012
- Perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan adalah amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara.
- Maulidur Rasul 1434H, 24/1/2013
- Berimbang bermaksud seluruh pertimbangan negatif dan positif diberi perhatian supaya jalan berfikir yang diambil selalu bersifat wasatiah.