Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Penampilan
Sultan Ibrahim (diputerakan 22 November 1958) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17. Baginda juga ialah Sultan Johor yang sekarang dan yang ke-5.
Petikan
[sunting | sunting sumber]- From my great-grandfather, we were great hunters. I make sure when I go hunting, I bring back nice game. But when I’m in KL, it’s a concrete jungle, so what do I hunt? I’m going to hunt all the corrupt people. I make sure I bring results.
- Terjemahan: Daripada moyang saya, kami ialah pemburu yang hebat. Saya akan pastikan apabila saya pergi memburu, saya membawa balik hasil yang bagus. Tetapi apabila saya di Kuala Lumpur nanti, ia ialah hutan konkrit, jadi apa yang saya buru? Saya akan memburu semua orang yang korup. Saya akan pastikan saya membawa hasil.
- Temu bual The Straits Time; dipetik di Berita Harian (10 Disember 2023)
- Saya mahu ingatkan, Parlimen ini adalah tempat untuk penggubal undang-undang berhimpun untuk membuat peraturan dan Yang Berhormat (YB) semua adalah penggubalnya. Adalah tidak masuk akal jika penggubal itu sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang dibuat. Justeru, saya harap semua ahli akan menunjukkan contoh teladan yang baik apabila berada di Dewan ini.
- Titah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, dipetik di Berita Harian (26 Februari 2024)
- Budaya dan sikap bergantung hidup boleh membunuh keyakinan diri serta semangat untuk memajukan diri, akhirnya ia akan membenam usaha negara untuk terus maju.
- Titah Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-100, dipetik di Sinar Harian (13 November 2024)