Pergi ke kandungan

Syed Muhammad Naquib al-Attas

Daripada Wikipetik
Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas

Yang Berbahagia Profesor Diraja Tan Sri Dr. Muhammad Naquib bin Syed Ali bin Syed Abdullah bin Syed Muhsin Al Attas (lahir pada 5 September 1931) merupakan seorang cendekiawan rentas bidang serta seorang ahli falsafah Islam. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan kesusasteraan Melayu Malaysia.

  • Kita ini umpama cermin bidal tamsil yang menangkap sinaran mentari Islam yang terang benderang itu. Akan tetapi andai kata cermin ini kelam dikabuti debu atau kacanya tiada diasah halus jernih maka sesungguhnyalah sia-sia cermin berdaya membayangkan mentari itu, hanyalah yang dibayangkannya itu yang kelam dan samar-samar jua.
    • Dipetik daripada karyanya Risalah Untuk Kaum Muslimin, muka surat 4.