Pergi ke kandungan

Ungku Abdul Aziz

Daripada Wikipetik
Ungku Abdul Aziz

Ungku Abdul Aziz (28 Januari 1922 – 15 Disember 2020) ialah seorang ahli ekonomi dan akademik Malaysia. Beliau ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya (1968–1988) serta Naib Canselor tempatan pertama universiti tersebut.

Kenyataan

[sunting | sunting sumber]
  • Ini masalahnya. Orang selalu bercakap tentang sifat-sifat negatif Melayu - malas dan suka buang masa, misalnya - sehingga menimbulkan rasa rendah diri untuk mereka maju.
  • Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
  • Berkenaan cetusan beliau tentang penubuhan Tabung Haji.
  • Siswa-siswi kalau nak jadi cemerlang, mesti boleh mengurus lima perkara, you have to manage five things, five things, lima sahaja, tak banyak. I would give you the details (saya akan berikan perkara itu): satu, kesihatan; dua, masa; tiga, ketenteraman/stres; empat, senam; dan lima, kaedah belajar.
  • We have tolerance but not unity. Malaysians are tolerant, till something goes wrong and then we gone mad. The word is amok. It is the only Malay word in the English language.
  • Kita ada tolak ansur, tetapi tiada perpaduan. Rakyat Malaysia bertolak ansur hingga suatu perkara buruk berlaku, dan semua orang naik angin. Perkataannya ialah amok (amuk). Itulah satu-satunya perkataan Melayu dalam bahasa Inggeris.
  • Setiap manusia perlu menggunakan kemahiran berfikir mereka kerana itulah anugerah Tuhan paling bermakna.
    • Borhannuddin, M. S. (2024). Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (1922–2020): The Thinking and Worldview of an Illustrious Malaysian Muslim. TAFHIM: IKIM Journal of Islam and the Contemporary World, 17(1), 183-215.
  • Jika seorang doktor buat silap, satu manusia akan mati. Jika seorang jurutera buat silap, satu jambatan akan roboh. Tetapi jika seorang pembuat dasar atau pemimpin yang lakukan kesilapan, satu generasi manusia akan sengsara.
    • Petikan kata di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada tahun 1989.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Wikipedia
Wikipedia
Wikipedia mempunyai rencana berkenaan: