Pergi ke kandungan

Wikipetik:Ejaan

Daripada Wikipetik

Semasa menulis untuk Wikipetik, sila ambil perhatian terhadap ejaan anda. Sebagai sebuah ensiklopedia, Wikipetik tidak seharusnya mengandungi kesalahan ejaan. Pada dasarnya, kesalahan ejaan boleh dielakkan dengan:

  • Mengamalkan sikap berhati-hati
  • Tidak gopoh-gapah semasa menaip
  • Merujuk kepada kamus sekirannya tidak pasti akan ejaan sesuatu perkataan.
Untuk orang dewasa yang telah menerima pendidikan dasar, biasanya mereka tidak akan menghadapi masalah yang besar dalam mengeja sesuatu perkataan. Kesalahan ejaan yang dilakukan biasanya adalah disebabkan oleh kecuaian, ataupun kesilapan menaip.

Kesalahan ejaan bahasa Melayu yang biasa dijumpai

[sunting sumber]

Satu masalah ejaan Bahasa Melayu yang biasanya dihadapi oleh masyarakat umum ialah ejaan kata terbitan, yakni ejaan untuk kata yang telah menerima imbuhan. Masalah ini timbul apabila sesetengah kata akan mengalami proses morfofonemik, dan sesetengah lagi tidak. Antaranya ialah:

  • Bersukan, bukan besukan
  • Memasukkan, bukan memmasukkan

Penggunaan bahasa Melayu baku

[sunting sumber]

Jika anda ingin membuat rencana petikan, sila guna perkataan bahasa Melayu Piawai, bukannya bahasa Indonesia seperti:

  • Pandemik bukannya, pandemi

Kata nama am dan khas

[sunting sumber]

Jika petikan berkaitan dengan orang, sila tulis dengan huruf besar dihadapan. Seperti berikut:

  • Tentang orang/nama filem/nama tempat/negara
    • Mahatma Gandhi
    • Ejen Ali
    • Kuala Lumpur
    • Malaysia
  • Tentang kata nama biasa:
    • Roti canai
    • Sekolah rendah

Pautan luar

[sunting sumber]
Commons
Commons
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: