Pergi ke kandungan

Wikipetik:Panduan pengaturan

Daripada Wikipetik

Panduan Aturan Wikipetik ialah contoh untuk perkara asas untuk menyediakan kemasukan.

Rencana ini bukanlah mengenai penanda wiki, maka sila lihat Wikipetik:Cara menyunting laman jika berkenaan dengannya; malahan begitu juga rencana ini juga bukan mengenai gaya; jika ingin merujuk gaya sila lihat Wikipetik:Manual Gaya untuk perkara berkenaan. Rencana ini hanyalah ringkasan tentang rupa beberapa laman masukan Wikisumber yang agak bersih dan ringkas. Untuk gaya masukan yang lebih rumit, anda mungkin perlu rujuk dan salin penanda pada laman masukan sedia ada yang anda suka.

Untuk penjelasan dengan contoh, sila lihat Wikipetik:Templat.

Semua laman Wikipetik harus dimulakan dengan pengenalan ringkas dengan istilah penting dikaitkan dengan Wikipedia. Kebanyakan laman Wikipetik hendaklah berakhir dengan bahagian Pautan luar yang mengandungi "kotak Wikipedia", yang dibuat menggunakan templat {{wikipedia}} atau {{wikipedia|Nama rencana}}. Jika kotak sedemikian muncul, ia sepatutnya menjadi perkara pertama dalam bahagian itu. Kedudukan akhir sekali pada bahagian itu hendaklah ditambah . Untuk meletakkan sebuah laman dalam sesuatu kategori, gunakan [[Kategori:Nama kategori]]. Semua rencana Wikipetik harus mempunyai kategori.

Laman tokoh

[sunting sumber]

Banyak laman utama di Wikipetik terdiri daripada petikan yang dikata atau ditulis oleh seseorang.

Bahan pengenalan

[sunting sumber]

Rencana petikan berkenaan seseorang itu harus dimulakan dengan nota biografi pendek (biasanya 1-4 ayat). Nota ini harus mempunyai nama orang tersebut dalam huruf tebal, dan harus memautkan nama itu ke rencana Wikipedia, jika ada. Jika diketahui, sepatutnya bahagian pengenalan ini juga mempunyai tarikh lahir dan tarikh kematian. Memautkan perkataan dalam bahagian pengenalan ke laman Wikipetik atau Wikipedia lain turut digalakkan.