Wikipetik:Wikipetik
| Laman ini ialah suatu dasar rasmi di Wikipetik Bahasa Melayu. Ia mendapat penerimaan yang meluas dalam kalangan penyunting dan dianggap sebagai piawaian yang harus diikuti oleh semua pengguna. Tolong jangan buat perubahan ketara pada halaman ini tanpa perbincangan terlebih dahulu. |
| Dasar dan Garis Panduan Wikipetik |
|---|
| Kandungan |
| Kelakuan |
|
| Operasi |
Wikipetik ialah sebuah ringkasan petikan bersumber dalam talian percuma daripada orang penting dan karya kreatif dalam setiap bahasa, terjemahan petikan bahasa lain, dan pautan ke Wikipedia untuk maklumat lanjut.
Apakah itu petikan?
[sunting sumber]Petikan ialah suatu yang biasa dituturkan dan mengagumkan. Apa jua pendirian falsafah, negara, kaum, atau agama asal mereka; sama ada mereka serius atau pelik; sama ada pencipta mereka terkenal dengan yang baik atau yang buruk, yang diselisihkan atau yang dipersetujui, petikan ialah intipati kebijaksanaan yang disantuni menjadi kumpulan kata yang dipilih dengan baik.
Petikan juga mungkin memberi inspirasi kepada kita untuk mencari pemahaman tentang pencipta mereka, untuk merenungkan kehidupan kita sendiri, untuk buat kita ketawa, atau sekadar membuatkan kita kagum akan penguasaan bahasa pengarangnya. Walau bagaimana kita menggunakannya, sesuatu petikan itu meringkaskan pandangan kolektif masyarakat, warisan pengetahuan yang diturunkan, dari suatu generasi ke generasi berikutnya.
Apa itu Wikipetik?
[sunting sumber]Wikipetik ialah sebuah himpunan petikan masyhur yang tepat dan menyeluruh.
- Tepat: Wikipetik berusaha untuk memastikan ketepatan. Kami cuba memetik sumber yang kalau boleh pertama kali munculnya sesuatu petikan itu, kalau tidak pun pengiktirafan masyhur bagi sesuatu petikan. Kami cuba mencari petikan yang salah diberi pengiktirafan, mendokumenkannya dengan betul, serta jika boleh menentukan punca salah pengiktirafan.
- Menyeluruh: Wikipetik ini merangkumi semua, yakni menerima petikan dari pelbagai orang, karya sastera, filem, memorial, epitaf dan sebagainya. Petikan juga boleh terdiri daripada yang terkini, yang telah berlalu, serta daripada merata tempat.
- Masyhur: Kami mengehadkan untuk memetik petikan yang masyhur sahaja. Suatu petikan boleh jadi masyhur sama ada disebabkan perkaribannya terhadap ramai orang bertahan lama, atau ia dikaitkan dengan orang yang terkenal, atau telah muncul dalam karya yang terkenal.
- Petikan: Wikipetik merupakan laman di mana petikan-petikan dihimpunkan. Untuk kelihatan lebih lengkap, rencana yang dihasilkan seharusnya mempunyai pengenalan yang ringkas mengenai tajuk, latar belakang atau sumber. Walaupun begitu, matlamat utamanya tetap untuk memasukkan petikan.
Lihat juga
[sunting sumber]- Wikipetik:Wikipetik bukanlah
- Wikipetik:Kebolehpetikan, faris panduan untuk menentukan sama ada sesuatu petikan perlu muncul di Wikipetik.
