Zurinah Hassan
Penampilan
Zurinah Hassan (lahir pada 13 Jun 1949) merupakan salah seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia.
Petikan
[sunting | sunting sumber]- Kemiskinan memaksa mereka belajar untuk tidak menjadi pemilih
- Air mata boleh menjadi perkurangan rasa cinta
- Aku tidak pernah mempeduli jutaan pasir di pantai itu sehingga sebutir yang amat kecil masuk ke sepatu untuk memberitahu dia lebih besar dari ku
- Dipetik daripada Jendela DBP
- Malaysia telah lama merdeka tetapi masih ada rakyat yang tidak tahu berbahasa kebangsaan. Tugas mengukuhkan bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab setiap insan yang lahir di negara ini. Bahasa kebangsaan bukan sekadar bahasa tetapi juga lambang keperibadian dan identiti rakyat Malaysia. Ke mana-mana kita pergi kita membawa identiit nasional iaitu bahasa kebangsaan kita, dan kita lebih dihormati dan disanjung di pentas antarabangsa apabila kita membawa identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan.
- Dipetik daripada BERNAMA pada 11 September 2019